Tentang Kami

BELLADY

KAMI LEBIH DARI HANYA SEBUAH PRODUK

ANABAS ialah sebuah syarikat di Malaysia yang telah di daftarkan pada Mac 2022. ANABAS memiliki hak untuk mengeluarkan dan memasarkan BELLADY. Ia diasaskan oleh Dato’ Sri Zul Azmi bin Abu Hussin dan isteri tersayang, Datin Sri Azyyati Abas sebagai satu bentuk inisiatif dari wanita kepada wanita untuk menangani pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan yang dihadapi oleh wanita. Bersama pasukan yang terdiri daripada wanita dalam industri kesihatan yang terdiri daripada doktor perubatan, ahli farmasi, pakar pemakanan dan penyelidik serta individu-individu yang berfikiran sama, BELLADY dibangunkan untuk merapatkan jurang antara kesihatan dan kecantikan.

BELLADY ialah produk utama ANABAS yang dicipta hasil dari penyelidikan bertahun-tahun oleh ahli farmasi dan pasukan penyelidik kami. Kami menggabungkan kajian dan teknik dari Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea dan Itali. Kami merumus, mengilang, membungkus dan memasarkan BELLADY semuanya di bawah satu bumbung.

Produk kami dihasilkan di kilang kami yang ditubuhkan pada tahun 2004 di Seri Kembangan, Selangor. Ia mempunyai pelbagai pensijilan termasuk Amalan Pengilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (HACCP), ISO 9001:2008 & ISO 22000: 2005, Pensijilan Halal Malaysia & Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Produk kami tidak terhad kepada minuman herba untuk wanita. Produk penjagaan kulit, kosmetik dan produk penjagaan kesihatan lain, semuanya dalam perancangan kami. Nantikan perkembangan selanjutnya!

Angka kami

> 200

Staf

RM 1,000,000.00

Nilai pelaburan kami

15,000,000 Wanita Malaysia + 3.905 billion wanita (49.58% dari jumlah penduduk dunia)

Bakal pelanggan kami

Misi Kami

Memperbaiki kesihatan dan menyerlahkan kecantikan setiap wanita.

Jika anda adalah seorang wanita, ini adalah untuk anda!

Pasukan Teras Kami

Shopping Cart
Scroll to Top