KOLAGEN PEPTIDA IKAN
- Diimport dari Korea Selatan
- Tanpa bau dan rasa "hanyir" ikan
- Kolagen Peptida haiwan hampir serupa dengan kolagen manusia
- Bellady menggunakan kolagen peptida yang mempunyai saiz molekul kecil (500-1000 Dalton) yang membolehkannya diserap lebih baik oleh badan
- Merupakan 100% kolagen tulen



Sumber Kolagen Peptida Ikan
Ikan: Tilapia

- Ikan Tilapia adalah ikan air tawar yang diternak dan banyak kajian telah dilakukan keatasnya.
- Kajian–kajian yang telah dilakukan menyumbang kepada pengetahuan berkenaan pembiakan, pemakanan dan pencegahan penyakit pada tilapia serta kawalan pencemaran air. Kajian-kajian tersebut juga telah membantu dalam bidang perubatan manusia.
- Kolagen peptida dari ikan Tilapia adalah lebih larut air berbanding dengan sumber kolagen peptida lain kerana proses hidrolisis enzimatik yang dilaluinya menghasilkan lebih banyak kelompok hidrofilik (-COOH, -NH2, -OH). Hal ini menjadikan ikan Tilapia lebih unggul sebagai bahan rawatan kulit. 5
Sisik ikan

- Para saintis telah membuktikan bahawa kolagen yang diperoleh daripada sisik ikan boleh digunakan dengan berkesan untuk pelbagai aplikasi bioperubatan seperti penyembuhan luka dan rawatan kulit. 6
- Sisik ikan pada asasnya bebas lemak, jadi anda tidak akan menambah berat badan selepas memakannya!
- Sisik ikan tidak mudah tercemar oleh alam sekitar.
- Sisik ikan mempunyai kira-kira 27.8% kolagen oleh itu ia merupakan sumber yang tinggi untuk pengekstrakan kolagen. 5,6
Kebaikan Kolagen Peptida Ikan
Peningkatan dalam kelembapan kulit di kalangan kumpulan eksperimen adalah 7.23 kali lebih besar daripada kumpulan plasebo pada minggu ke-6. Pada minggu ke-12, kelembapan kulit meningkat sebanyak 2.9 kali, membuktikan bahawa peptida kolagen ikan boleh meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit. 7
Pada minggu ke-12, pengurangan kedutan kumpulan eksperimen adalah 10.5 kali lebih besar daripada kumpulan plasebo. Peptida kolagen ikan boleh mengurangkan kedutan dan kulit kasar dengan berkesan. 7
Nilai keanjalan kulit keseluruhan adalah jauh lebih tinggi daripada kumpulan plasebo pada minggu ke-12, membuktikan bahawa peptida kolagen ikan boleh memulihkan keanjalan kulit. 7